Selamat Hari Ibu

Assalamualaikum dan salam sejahtera anda semua... ;)

Bagai ada yang tak sempurna,bagai ada yang tertinggal kalau sesaat dalam hati tidak menghargai orang yang sayangkan kita..cheewah ayat nak macam drama je.Sempena hari ibu ni,una nak ucapkan Selamat Hari Ibu untuk ibu una,Noraini Hj Mat Nayan..walaupun lambat sikit,una gagahkan jugaklah sebab tengah demam sekarang ni..Tak lame lagi ucap Selamat Hari Ibu kat mak mertua pulak..bila tu tak tau huhu..harap-harap coming soon la..sabar ye bakal mak mertua yang masih belum dikenal pasti idenditinya..hehe  :D

Dalam demam-demam ni jugak,una hadiahkan sebuah bilik mandi yang sangat berkilat dan licin,dinding siap boleh buat cermin..hahaha sebab ibu paling suka kalau bilik mandi nampak cantik dan berkilat..heheheh (",)v nasib baik lah adik una,hana ada tolong huhu.. una tak masak sebab ayah yang masak..lagi pun tak nampak lain dari lain la sebab kadang-kadang una masak jugak..kalau ayah yang masak kan nampak macam rare gitu hehe...

Sempena Hari Ibu ni jugak,una nak kongsi beberapa perkara yang ibu selalu nasihatkan,supaya walau kat mana pun una berada,una tak lari dari panduan dan garisan hidup sebagai orang Islam dan orang melayu,tak banyak,tapi bila ingat kat ayat-ayat ni,kadang-kadang boleh buat nangis jugak la..hehehhe malu kita..

  1. Selalu ingat Allah.Ingat Allah selalu tengok kita.
  2. Jaga solat,walau ada kat mana pun,sesibuk mana pun,jangan tinggal solat.
  3. Solat awal waktu,utamakan solat..practice hari-hari,lama-lama mesti dah biasa.
  4. Jaga maruah diri,maruah keluarga.Kalau agak-agak rasa macam dah buat perkara sia-sia tu,ingat wajah ibu dengan ayah.. (dengar ayat ni yang buat tibe-tibe rasa selsema..mata pun berkaca huhu)
  5. Belajar rajin-rajin dan sungguh-sungguh,ingat jasa ibu dan ayah.
  6. Amalkan ayat pendinding diri,walau kat mana pun una berada.
Dulu una hafal ayat ni for no reason,tapi ternyata ayat ni berkesan sangat..Alhamdulillah..
7.Jangan lupa selalu jenguk dan doakan ibu dan ayah.


Basically,apa-apa pun kalau kita letakkan Allah nombor 1 dalam diri kita,inshaAllah kita akan selalu terpelihara dari perkara yang tak baik.Hati kita sendiri akan selalu gerakkan akal kita untuk buat perkara yang baik,once kita terbuat perkara yang bercanggah dengan garisan hidup sebagai Islam,hati akan selalu rasa tak tenang...Haa tu lah secara summarize nya..

Okay,itu saja untuk kali ni,macam panjang jugak una membebel demam demam pun..huhuhu..sebenarnya hari-hari adalah hari ibu dan ayah kita,bukan hadiah yang dapat represent kasih sayang,tapi ingatan dan doa untuk ibu bapa adalah yang lebih bermakna.

Bagi yang masih punyai ibu dan ayah,hargailah mereka sebaiknya dan seikhlasnya,cuba untuk selalu bahagiakan hati mereka,dan jangan lupa untuk doakan mereka,sesungguhnya,anak yang tidak mendoakan ibu bapa tergolong sebagai anak yang derhaka.itu yang sebaiknya.

Bagi yang sudah tiada ibu atau ayah,ingat juga untuk selalu doakan kesejahteraan mereka disana,jadilah anak yang soleh dan solehah untuk mereka kerana salah satu bekalan yang diperlukan disana adalah doa anak-anak..inshaAllah mereka akan selalu tenang dan bahagia disana. ;D

Lagi sekali,Selamat Hari Ibu untuk semua wanita yang bergelar IBU. ;D

Wassalam,

Love,
Una ;)







Posted in , . Bookmark the permalink. RSS feed for this post.

Leave a Reply

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.