Archive for July 2015

Hai semua..saya tengah tension ni...hehe..

Assalamualaikum & Selamat Sejahtera

Huwaaa..eh una tak cerita lagi yang una tengah internship dan kena buat project Mobile Application with IBM Bluemix kan..? Haa haruslah... sebab busy gilaa uollsss... sampai nak ucap Selamat Hari Raya kat hampa semua pun tak sempat..

Sementara masih dalam bulan Syawal ni una nak ucapkan Selamat Hari Raya Maaf Zahir & Batin ye untuk semua followers blog una yang kenal una..mintak maaf banyak-banyak kalau ada gurau lebih-lebih sepanjang perkenalan..

Haa tengok gambar kat bawah ni..untuk project yang una kena buat ni,una gunakan Android Studio untuk create Android Application dan nanti baru masukkan dalam IBM Blumix.Una gunakan Java language untuk code program untuk buat android apps ni..


Tengoklah error warna merah banyak-banyak ni..benchik pulak menengoknye..yang paling sadis sebab tak ada orang boleh guide una..semua una cari kat youtube sendiri...Y.Y   tapi tak pe...benda ni memang mengajar una untuk independent.. dan sebenarnya bila kita tak bergantung sepenuhnya dengan orang lain, kita akan dapat ingat dengan lebih baik setiap procedure yang kita kena buat.


Salah satu terapi untuk tenangkan fikiran adalah dengan,..buat air..weee...nampak sedap tak air nescafe una buat tu...ade peribahasa untuk air tu..."seindah rupa,seindah rasa" hehe..Okaylah una nak sambung buat kerja ni..tak baik lagho lame-lame time office hour...bye uollls....

P/S : Sorry...ber "uoollss..uoollss " sebab terikut ade sorang colleague ni..huhu..lelaki pulak tu..hehe..

Wassalam,

Love,Fi Hifzillah.
~UNA~

Posted in , , , , , | 9 Comments

#Cabaran20Hari Puasa/Raya 2015 | Kuih Raya Paling Best

Assalamualaikum & Selamat Sejahtera

Ini adalah tajuk  #Cabaran20Hari Puasa/Raya 2015 yang una macam "haiyoo..I got no idea what to goreng laa"..Kuih Raya Paling Best.. Ye lah sebab mostly sekarang macam jarang sikit dah jumpa orang letak kuaih raya banyak-banyak atas meja macam zaman una kecil-kecil dulu..majority ramai yang letak kerepek-kerepek dan just 3,4 jenis je kuih atas meja..tapi still ada jugak lah kan...okay sat lagi una cerita kuih apa...

Thank you pak cik google noh..bagi una pakai gambar ni

Thank you pak cik google noh..bagi una pakai gambar ni

Thank you pak cik google noh..bagi una pakai gambar ni

Kenapa dah ramai yang tak letak kuih raya atas meja? sebabnya..bila letak kerepek,confirm akan mengunyah je bila berborak time raya rumah orang..Then,budak-budak pun suka kerepek..ada tu yang sampai dari penuh badang kerepek,sampai licin dimakannya...(adik una lah contoh orangnye..hehe)  tapi kesian jugak dekat budak-budak sekarang sebab tak berapa familiar dengan kuih raya... itu lah pro and cont dia..(  hows time fly so fast.. rasa macam baru je raya..ni dah nak raya lagi...)

Okay ya udah ya udah...ampa dah tengokkan gambar kuih raya kat atas tu..haa itu lah kuih yang una nak cerita tadi..inilah jenis kuih yang still akan ada atas meja even semua orang suka buat open house,dan letak kerepek  menggantikan kuih raya.. ini lah biskut almond london, biskut cornflakes madu dan biskut semperit chuuolllss...

Basically, ini lah jenis-jenis kuih raya yang akan una tolong ibu,mak cik dengan nenek buat kat dapur masa kecil-kecil dulu,cuma sekarang dah tak buat sebab semua orang suka beli kuih tunjuk..dan lagi banyak beli kerepek je..Kesian kat adik saudara una yang lain sebab tak pernah lagi experience benda macam ni...

So,kuih mana yang jadi pilihan hati?tunggu untuk tajuk #harike17 nanti okay..Ada cerita disebalik kuih tu...

P/S : Tulis pasal kuih raya tapi terfikir-fikir rendang ayam kuning dengan ketupat...glupp

Wassalam.

Love,Fi Hifzillah.
~UNA~

Posted in , , , , , | 6 Comments

#Cabaran20Hari Puasa/Raya 2015 | Bajet Raya

Assalamualaikum & Selamat Sejahtera

Ini adalah salah satu tajuk untuk #Cabaran20Hari Puasa/Raya 2015 yang una rasa macam tak ada idea langsung untuk tulis.I feel so blurr..Okay okay,memandangkan una ni still study,dan belum kawin lagi..so dah semestinya perbelanjaan raya tu dalam tanggungan parents lagi... bilalah una nak dapat belanja parents pulak..sob sob =( 




Una rasa bertuah sebab sejak kecil una sangat diajar untuk berjimat-cermat,sampai dah besar ni una rasa tak suka nak berbelanja lebih-lebih..kalau una pergi shopping,mesti akan jadi lama sebab una akan survey harga dengan barang sampai una rasa okay...

Jadi,itu adalah salah satu kelemahan una,jadi untuk mengelakkan pembuangan masa berlaku,una lebih banyak serahkan kat ibu je untuk pilih baju raya untuk una..since ibu dah tahu cita rasa una yang macam mana..dan una pun jarang ada dekat rumah time Ramadhan..lagi pun una pun tak kisah,ape yang best kat mata ibu,una terima je..Lagi pun,ini lah peluangnya..nanti kalau una dah ada suami,mesti tak rasa lagi benda macam ni..

P/S : Actually una tengah rindu kat ibu ..rabu ni baru balik =,(

Wassalam.

Love,Fi hifzillah.
~UNA~


Posted in , , , , | 1 Comment

#Cabaran20Hari Puasa/Raya 2015 | Lagu Raya Pilihan

Assalamualaikum & Selamat Sejahtera

Hai semua.. untuk tajuk #Cabaran20Hari Puasa/Raya 2015 yang seterusnya ni,iaitu lagu raya pilihan,una tak nak cerita panjang-panjang..actually una bukan jenis dengar lagu raya sangat..huhu una lebih banyak tunggu movie movie dan show show yang akan ditayangkan sepanjang hari raya.

Cuma una still ada lagu raya yang una suka dari kecil lagi..dan semestinya una suka lagu yang bukan berentak perlahan di hari raya..sebab una dah biasa dari kecil,.kalau dengar lagu slow time raya rasa macam tak sabar nak tunggu lagu tu habis..huhuhu (whats wrong with me la..)

Tapi sebenarnya bila mendengar lagu berentak rancak tak bermaksud kita meraikan hari raya tanpa mengingati golongan tidak bernasib baik..Sebaliknya,kita sebaiknya ingat mereka dalam doa dan bukannya dalam lagu semata-mata..betui dak..huhu..sebab nanti kalau dah habis raya,habis lagu raya,ingatan pun habis..lagu tu ka?

Haa nah..una belanja lagu hari raya favorite una ..kasi mood raya sikit..tak mau sedih-sedih okay..kalau sedih jugak doalah dalam solat..inshaa Allah diberi lebih kekuatan.. #senyumciked =D

Selamat Hari Raya -Saloma

Selamat Hari Raya -Rahimah Rahim


Suasana Hari raya -Anuar Zain & Elina

Warna warni di Aidilfitri- Dato' Hattan,Amy Mastura,Ameng,Shima,Mel & Nash

Nazam Lebaran -Dato' Siti Nur Haliza


Raya Setahun Sekali - Amy Mastura

P/S : Selamat menjalani hari-hari terakhir Ramadhan 2015 dengan penuh tekun dan selamat hari raya,maaf zahir batin..

Wassalam.

Love,Fi Hifzillah.
~UNA~


Posted in , , , , | 3 Comments

#Cabaran20Hari Puasa/Raya 2015 | Tetamu Raya Paling Ditunggu-tunggu

Assalamualaikum & Selamat Sejahtera

Masa go through semua tajuk-tajuk #Cabaran20Hari Puasa/Raya 2015 ni awal-awal hari tu,.una 
rasa macam tak sabar-sabar nak sampai pada tajuk yang #kesepuluh ni iaitu, #TetamuRayaPalingDitunggu-tunggu..


Taddaaa....siapa ni? tak tau nak katalah kalau ampa tak kenai..(tiba-tiba keluar bahasa utagha ) ini lah USTAZ DON.. ini lah juga tetamu yang una akan tunggu untuk raya ni...( walaupun una tau memang tak kan terjadi punyalah..haha dah suruh cerita,so una ceritalah..)

Una dah pernah jumpa Ustaz Don secara live masa Ustaz Don bagi ceramah kat UPM dulu..kira Ustaz Don adalah jugak beberapa kali datang bagi ceramah kat UPM,taip una cuma sempat pergi sekali sahaja..

Kenapa una pilih Ustaz Don sebagai #TetamuRayaPalingDitunggu-tunggu..adalah sebab una suka cara menyampaian ceramah oleh Ustaz Don ni..bukan sebab beliau Handsome je okay..itu kira bonuslah untuk beliau..tapi yang lagi best adalah sebab cara penyampaian ceramah Ustaz Don sangat humble dan sangat bersahaja,.bila buat lawak pun kira semua lapisan umur boleh faham...huhhu..Tapi,penceramah lain pun una suka jugak macam Ustazah Nor Bahyah, Ustaz Kazim Elias dan Ustaz Azhar Idrus.

Nah..Una belanja sikit gambar Ustaz Don..thank you to Google




Jadi sebenarnya una tak masuk lagi niat sebenar kenapa Ustaz Don jadi pilihan untuk #TetamuRayaPalingDitunggu-tunggu ni..Tujuan sebenar adalah sebab memandangkan bila semua family berkumpul kat rumah nenek,.nenek atau wan (atok) akan bagi tazkirah untuk semua ahli family..(alhamdulillah..) jadi,una rasa berpendapat,dengan kehadiran Ustaz Don ni akan mencelikkan lagi beberapa biji mata yang selalu terlelap..(termasuklah una sendiri..huhu) dan sudah semestinya sesi soal jawab akan jadi lebih meriah lagi...inshaaAllah  =D

P/S : Dengan ini saya harap harap Ustaz Don terbacalah blog saya ni..dan katakan ustaz Don berbesar hati nak jadi tetamu raya saya tahun ni,Ustaz Don boleh email saya  ( nurulhusna728@yahoo.com ). Tudiaaa berangan..tinggi ke langit.. huhuuhu 

Wassalam.

Love,Fi Hifzillah.
~UNA~

Location: Universiti Putra Malaysia, 43300 Serdang, Selangor, Malaysia
Posted in , , , , , , | 3 Comments

#Cabaran20Hari Puasa/Raya 2015 | Kenangan Terawih Di Surau/Masjid Masa Zaman Kanan-Kanak

Assalamualaikum & Selamat Sejahtera

Pinjam gambar pakcik Google

#Cabaran20Hari Puasa/Raya 2015 kali ni bertajuk #KenanganTerawihDiSurau/MasjidMasaZamanKanan-Kanak dan sudah pastinya una ada experience sendiri untuk tajuk kali ni..dan macam tak boleh nak lari dengan cerita una spent bulan puasa dekat kampung dengan nenek,wan dan ucu (pak su) time ucu still study..sebab memang kenangan ni yang una paling ingat sekali,.

Macam yang una perasan,kalau dulu,kebanyakan surau dan masjid akan buat solat terawih dalam 20 ke 24 rakaat.Nak jadikan cerita setiap hari nenek akan bawa una pergi surau atau masjid untuk solat subuh dan terawih berjemaah..dan boleh katakan setiap hari jugak una akan buat try buat solat terawih 20 ke 24 rakaat..tapi nenek tak paksa pun..kalau una dah penat nenek akan suruh una tidur kat tepi.atau pun nenek akan bagi isyarat kt ucu untuk bawak una balik.. (sebab ucu adalah makmum tegar yang akan buat terawih sampai 8 rakaat je waktu tu..huhuhu)

Then nenek akan tanye,nak ikut nenek balik ke nak ikut ucu balik.. selalunya kalau ikut ucu balik,ucu akan bawak pergi kedai,beli keropok..ice cream..air gas..lepas tu kitorang lepak depan tengok tv..tambah lagi dengan makanan berbuka tadi yang still tak habis..kalau ikut nenek balik,una akan tidur kat surau..nanti balik dapat makan moreh.Tapi biasanya una ikut nenek balik..sebab una tak sampai hati bagi nenek balik lewat..

Lagipun,kalau tak ikut ucu balik pun,ucu still akan belikan una jajan untuk una jugak..sebab kalau tak beli nanti siaplah ada yang merajuk sehari dengan ucu..hahhaha..sehari je merajuk..sebab nanti ucu bawak jugak pergi bazaar..hilanglah merajuk.. =D

Pinjam gambar pakcik Google jugak

P/S : Terbukti una lah antara cucu yang paling manja dan mengada-ngada masa tu..huhu thank you nenek..thank you ucu..sebab melayan kerenah cucu dan anak saudara yang mengada-ngada macam ni..May Allah bless you all always..

Wassalam.

Love,Fi Hifzillah.
~UNA~

Location: Universiti Putra Malaysia, 43300 Serdang, Selangor, Malaysia
Posted in , , , , | 10 Comments

#Cabaran20Hari Puasa/Raya 2015 | Amalan Berbalas Juadah Di Bulan Puasa

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Hai ya ukhi ya ukhti...untuk #Cabaran20Hari Puasa/Raya 2015 tajuk yang kelapan ni,tajuk yang dah diberi adalah #AmalanberbalasJuadahDiBulanPuasa..

Thank you google ; Ini bukan una okay hehe..

Erm..tajuk yang kelapan ni mengingatkan una yang rasanya macam dah lama tak buat amalan saling bertukar juadah ni...Last una nampak amalan ni pun masa una kecil-kecil dulu..time sekolah rendah..itu pun time kat kampung,..kesian jugak adik-adik una yang tak pernah dapat pengalaman tukar juadah ni..

Sekarang pun still ada sebenarnya amalan ni tapi macam dah jarang nampak..Tapi dulu memang selalu nampak,macam yang una pernah cerita sebelum ni,una spend time Ramadhan kat kampung sebab tengah cuti sekolah..ada jugak jiran-jiran nenek yang selang 10 rumah pun boleh hantar juadah,then lepas tu una ikut ucu (pak su) una hantar pulak juadah kat jiran tu..

Sayanglah..sebab amalan ni macam dah berkurang sekarang ni,amalan ni tak merugikan pun,malahan rezeki kita jadi lebih berkat..Konsep bertukar juadah ni,bukan kita nak harapkan balasan sangat daripada orang yang terima tu,lagi-lagi kalau dia memang kurang berkemampuan,kalau orang yang terima tu balas,alhamdulillah..kalau tak pun tak apa..tapi yang penting kita nak eratkan ikatan silaturrahim.. 

P/S : Tapi mesti ada satu dua kes yang tak pulang pinggan,jangan cepat judge...sebab mungkin mereka tak sempat nak reply,esok-esok inshaa Allah akan reply jugak..okay?

Wassalam.

Love,Fi Hifzillah.
~UNA~

Posted in , , , , , | 2 Comments

#Cabaran20Hari Puasa/Raya 2015 | Kuih Kegemaran Di Bulan Puasa

Assalamualaikum & Selamat Sejahtera 

Hai..una nak teruskan sengan caraban minggu seterusnya hari seterusnya dengan tajuk berikutnya..
Okay,untuk tajuk kali #ketujuhcabaran20hari ni,una akan teruskan dengan tajuk,#kuihkegemarandibulanpuasa ..

#Cabaran20Hari, #cabaran20hari, Puasa/Raya 2015
#Cabaran20Hari Puasa/Raya 2015 | Kuih Kegemaran Di Bulan Puasa

Macam una pernah cerita sebelum ni,una bukan penggemar kuih sangat..tapi bukan bermaksud una tak makan kuih langsung..sebab tak kenal maka tak cinta kan..So una pun ada kuih kegemaran jugak..ni pun sebab ada kawan yang bagi rasa dulu..so terus jatuh chenta...selain tu,kuih yang ibu una selalu buat saja yang una suka..huhu..

Thank you Google ; haa ni lah kuih ibu una rajin buat..favourite dari kecil..

Thank you Google ; haa ni pun ibu rajin buat..sebab kuih favourite ayah

thank you Google; haa ni pulak kuih favourite una yang ketiga..kawan yang kenalkan..wee

P/S : Kalau dah melayu tak kan lari dari kuih dan makanan orang Melayu,tak kira lah lahir generasi Y ke X ke Z ke ABCDEFGHIJKLMNOPQRSTUVW sekali pun...hehehhe..ermm nak cari kuih la hari ni kat bazaar..chee tetibe..

Wassalam.

Love,Fi Hifzillah.
~UNA~



Posted in , , , , , , | 6 Comments

#Cabaran20Hari Puasa/Raya 2015 | Pengalaman Manis Bulan Puasa

Assalamualaikum & Selamat Sejahtera

Helloww people... untuk #Cabaran20Hari Puasa/Raya 2015 anjuran EFG dan KBBA kali ni,una nak cerita tentang pengalaman manis bulan puasa..Ku akui ku telah ketinggalan banyak entri..tapi tak mengapalah..ku layankan jugak,teruskanlah jugak walaupun rasa penat mengejar..Itulah sesetengah orang ada cakap,"jangan kejar benda yang nak pergi..biarkan dia pergi,apa yang ada depan mata ni yang kita kena focus.." Okay enough.. enough..

Okay lemmi start with my story ya all the gorgeous people..baru-baru ni,bertempat di Masjid UPM,telah diadakan Majlis Iftar dan Terawih bersama Sultan Selangor dan Naib Canselor UPM,.So una dengan kawan una pun tak lepaskan peluang..Tapi itu bukan niat yang first okay..niat first of course untuk solat  maghrib,isyak dan terawih berjemaah kerana Allah..inshaa Allah.

So..nah..una belanja gambar moment masa tu..yang best masa tu,orang yang datang pun bertambah ramai,alhamdulillah..dan yang rasa paling best,sebab tengok semua orang focus dengan ibadah masing-masing..ada yang baca Al-quran,ada yang solat sunat,ada yang zikir..even una belum pernah pergi, tapi una dapat rasa macam ada kat Masjidil Haram.. tapi rasanya kalau kat Masjidil Haram mesti lagi best dari ini = D







P/S : Sila abaikan jerawat dan eye bag yang timbul...So,inilah kenangan yang manis untuk masa ni..selain dapat jumpa Sultan Selangor dan Naib Canselor UPM, moment dan rasa best sebab jumlah orang yang datang masjid lebih ramai daripada biasa dan semuanya tumpu pada ibadah masing-masing rasa macam tengah buat umrah dan haji,hehe.. ;D

Wassalam.

Love,Fi Hifzillah.
~UNA~


Posted in , , , , , , , , | 1 Comment

#Cabaran20Hari Puasa/Raya 2015 | Pengalaman Pahit Bulan Puasa

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Tiba-tiba macam tak excited pulak nak tulis pasal tajuk seterusnya ni..huhu sorry..bukan apa sebab kenangan pahit una ni memang pahitlah bagi una..baru je jadi tahun lepas...kenangan yang una maksudkan ni ialah..una accident di bulan Ramadhan..accident bawak kereta Exora ibu una..sorang-sorang..on the way nak balik rumah dari tempat kerja ( kerja part time masa cuti semester ) berbuka puasa dengan family una..


Bukan nak berbangga,tapi sebelum ni una belum pernah experience accident lagi dan akhirnya pada bulan Ramadhan tahun lepas una accident..subhanallah..memang jantung macam nak tercabut masa tu..cerita asalnya,adik una request untuk pakai kereta Myvi yang una selalu guna sebab dia nak pergi berbuka puasa dengan kawan-kawan kat KL.So,kalau bawak Myvi macam jimat petrol kalau tersekat dalam traffic jam pun..dan una pun setuju untuk tukar kereta dengan adik una.

So,basically,una jarang bawak Exora dan mungkin dah nasib hari tu,una accident..bayangkan dengan keadaan masih berpuasa,nak dekat waktu berbuka,dengan menggelabah sebab accident,.memang terus tak tahu macam mana nak cakap..

Nasib baik ada 2 orang ni tolong bawa una pergi klinik dan lepas tu belikan una air dan makanan berbuka puasa..tak tahu mana diorang sekarang..semoga Allah sentiasa mudahkan urusan diorang..Alhamdulillah ade orang tolong.bukan tu saja,doktor kat klinik tu pun tak tahu lah kenapa,.friendly sangat..dia boleh buat lawak pulak time orang tengah susah hati..

Sebabkan masa tu tengah heboh pasal kes perempuan marah pak cik pakai stering lock..then doktor tu pulak cakap kat una..."Tadi tak ada keluarkan stering lock kan.."  ==.==" Lepas tu, orang yang tolong una ni terus tolong call parents una..dan beberapa minit lepas tu,adik una sampai.. oh ya,kemudian,una dengan adik tolong hantar mangsa accident lagi seorang tu pergi Hospital Sungai Buloh untuk buat checkup lagi detail,sebab injured di kepala dia lagi teruk sebab menurut doktor mangsa tu dalam keadaan mabuk..

Sebab mangsa lagi seorang ni bukan warga negara Malaysia jadi untuk deal dengan dia agak susah,dan menurut polis yang una dan 2 orang pemuda yang tolong una tu refer,polis tu bagi tahu,kalau nak teruskan report, nanti lama untuk process claim insuran kerosakan kenderaan dan susah jugak sebab mangsa lagi seorang tu tak ada kad pengenalan..( ke sebab polis tu malas nak layan? )

Jadinya kes ini cuma diselesaikan di luar balai polis.Lepas tu,bila una dan adik bawak mangsa lagi seorang ni tadi pergi hospital,lepas buat check up dan ternyata dia sebenarnya berada dalam keadaan mabuk.. dan doktor tu telah pun memaki hamun mangsa tu.. (una rasa kesian dalam 1,2 minit je.. lepas tu una fikir.."humm padan muka kau! thank you doctor...) T.T  ye lah sebab bos tempat kerja dia langsung tak nak bertanggung jawab..sampai sekarang kes itu ditutup begitu sahaja..sighhh...

P/S : Mula-mula ibu marah adik una sebab tukar Exora dengan Myvi yang una selalu bawak,sebab una memang jarang bawak Exora.. memandangkan kondisi Exora yang lebih berat,tinggi dan luas,dan  mengambil masa untuk berhenti bila dalam keadaan sedikit laju disebabkan ia berat. Jadi itu adalah kemungkinan una accident sebab una kawal Exora sama macam Myvi..tapi una bagi semua fikir positive saja..sebab bila Allah kata jadi,maka ianya tetap terjadi..(Minta maaf kalau ada yang tak faham cerita ni..ini yang termampu una ceritakan.. ) 

Wassalam.

Love,Fi Hifzillah.
~UNA~

Posted in , , , , , , , | 3 Comments

#Cabaran20Hari Puasa/Raya 2015 | Menu Wajib Bulan Puasa

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Okay,untuk entri ketiga #Cabaran20Hari Puasa/Raya 2015 anjuran EFG dan KBBA ni,iaitu menu wajib bulan puasa,una tak tahu sebenarnya nak declare menu apa yang waijb ada sebab selalu memang bertukar-tukar setiap hari,dan.apa yang selalu ada time bulan selain Ramadhan pun una dengan family balun jugak..huhu..




Tapi bila ingat-ingat balik ada jugak menu yang akan ada time bulan Ramadhan je..dan bila family gathering dengan nenek,wan,atok,pak cik makcik,sepupu semua..mesti akan jumpa menu ni..murtabak..majority family una memang suka murtabak..lagi-lagi ibu dengan ucu (pak su)..

Kalau masa kecil-kecil dulu,masa ucu belum kahwin una selalu pergi bazar Ramadhan dengan ucu..then confirm ucu akan cari murtabak..beli banyak pulak tu..sebab nak makan lagi lepas terawih..dan una pulak paling menyampah tengok murtabak,..ucu pernah jugak ajar makan murtabak..(makan pun nak kena ajar..huhu)..tapi tak boleh terima..sebab banyak sangat bawang...tak suka betul nak kena asing-asingkan bawang..

Tapi bila dah besar ni..rasa macam murtabak sekarang ni dah ade improvement dah..dah x banyak bawang macam dulu..hahaha (sebab nak jimat bawang kot...hehhehe) macam tu barulah una bole makan dengan bahagianya...

P/S : I love Murtabak..

Wassalam.

Love,Fi Hifzillah.
~UNA~


Posted in , , , , | 4 Comments

Saat Hati Tergelincir

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera



Kadang-kadang,hati kita mampu berdiri tegak dan berjalan dengan elok,tapi kadang-kadang jugak hati kita rapuh dan boleh tergelincir..dan bila Allah timpakan musibah,barulah kita akan kembali ingat dekat Allah..bila kita senang dan happy semula,kadang-kadang kita mudah untuk lupa semula kat Allah..ikhlas ke kita sebenarnya? Kalaulah dalam kalangan kita sesama manusia..mesti kita fikir... " huh! propa punya manusia...oo time kau sedih pandai cari aku..time happy kau lupekan aku..eh! memang tak lah aku nak percaya kau lagi.."


Tapi Allah tak pernah pun fikir macam tu.In fact,Allah sangat welcome kita untuk selalu mengadu dan kembali dekat DIA bila-bila masa,tak kira apa pun dan sebesar mana pun kesilapan kita pernah buat,sesombong mana pun kita dengan DIA sebelum ni,seberlagak (seberlagak..? ) mana pun kita,sampai tak ingat yang semua nikmat dan kesenangan yang kita ada ni semuanya datang dari Allah jugak.

Betul,manusia tak perfect,hati manusia pun lemah,sebab itu lah hati manusia senang dan cepat berubah,kadang-kadang bila kita dah jumpa dan berada dalam jalan Allah,.Tapi, hati tetap senang jugak untuk berubah..sebab lagi sekali..hati manusia tak kuat..Boleh jadi itu jugak antara ujian untuk kita.


Tapi lupa ke yang Allah jugak bagi kita akal yang mana-mana hidupan lain tak ada.Kenapa biarkan terus biarkan hati menguasai akal..Bukan ke akal lebih berkuasa untuk fikir yang mana baik dan yang sebaliknya.Masa terus berlalu,hari pun terus bertukar ganti,sedar tak sedar,usia kita tak akan kembali muda lagi,sedar tak sedar jugak,semakin hari kita semakin dekat dengan kematian.Pilihan untuk teruskan dengan jalan ke arah kebaikan atau menyimpangkan diri ke jalan kemudaratan semuanya ada dalam diri kita sendiri.

Sudah,jangan buang masa lagi..sebab dunia pun dah semakin penat dengan kerenah kita..kita memang tak akan kuat sepanjang masa tapi kita sendiri mampu untuk pilih jadi kuat bila rasa hati mula tergelincir..

P/S : Minta maaf ye kalau entry ni agak membosankan,sebab bak ayat dalam video Mat Luthfi ,"life is not about rainbows and butterflies..life sometimes could be thunder storm,tsunami and banjir Kelantan.."thats why sometimes we feel lost and need motivation,which also means we need to do muhasabah diri..una pun tak tahu apa una tulis ni betul atau tak..berdasarkan apa una fikirkan saja..minta maaf jugak kalau content entry ni ada salah dan macam tak ada point..wallahualam..

Wassalam.

Love,Fi Hifzillah.
~UNA~

1 Comment

#Cabaran20Hari Puasa/Raya 2015 | Resepi Hidangan Sahur Paling Ringkas

Assalamulaikum dan Salam Sejahtera 


 
Gambar ihsan pak cik google

Sebabkan family una memang wajibkan sahur setiap hari,so makanan untuk sahur memang dah standby siap-siap tengah malam tu,so bila bangun sahur tinggal panaskan je.Tapi ibu una memang raijn masak..kadang-kadang ibu masak macam waktu nak berbuka pun ada huhuhu..,Tapi..in case lah kalau semua orang terbangun lambat atau terlupa nak standby makanan untuk sahur,memang akan laju-laju check fridge dan laju-laju fikir hidangan yang paling cepat dan boleh kenyangkan..So,inilah yang una terfikir untuk entry #Cabaran20Hari Puasa/Raya 2015 | Resepi Hidangan Sahur Paling Ringkas ni.

Hidangan yang una tulis dalam entry ni pun bukanlah yang selalunya dibuat untuk hidangan sahur paling ringkas,ada banyak lagi..tapi ni aynag antaranyalah heheh..okay lemmi show you how to cook these two dishes okay.

Resepi sambal ikan bilis kering

1. Ikan bilis (kalau boleh kalau ada masa lapang kopek ikan bilis tu siap2..nanti nak guna tak payah susah-susah nak kopek lagi.)
2. Bawang besar/bawang merah
3. Cili api (kalau suka pedas,letak banyak sikit )
4. Kicap masin ( so lepas tu tak payah letak garam dah)

Cara masak sambal ikan bilis kering

First,panaskan minyak,budget je,jangan jangan banyak sangat.Then,masukkan bawang,dan masuk cili api dan ikan bilis,masak sampai jaring..tapi jangan jaring sangat.Lepas tu, letak kicap (tapi agak-agak je jangan sampai jadi hitam pulak hehhe) Okay,dah siap..senangkan..


Resepi telur dadar

1.Telur ayam (ikutlah nak letak berapa 3 atau 4 biji ke)
2. Bawang besar/bawang merah (option,nak letak okay,tak letak pun okay.)
3. Sayur hijau ( option jugak,nak letak okay,tak letak pun okay..una biasa letak,kalau hidangan lain tak ada sayur )

Cara masak telur dadar

Ate...teman tak percayalah mike tak reti masak telur dadar....tak apelah teman tunjukkanlah jugok ye..mana tau ade adik-adik yang baca ni baru nak belajar.. hehe senang je,pecahkan telur dalam mangkuk dan masukkan kesemua bahan lain yang mike ada... lepastu kocak/kacau guna garfu (apa tah lagi perkataannya ye... mike faham lah noh) dan lepas tu panaskan minyak,tapi agak-agak je,jangan letak banyak sangat..then tuangkan campuran telur tadi,masak sampai agak-agak warnanya keperangan..Lepastu letak dalam pinggan dan bolehlah makan..

P/S : Haa..senang ke idok nak buat dua-dua hidangan ni..senangkan...kejap sangat nak buat..tapi yang paling penting jugak nasi putih mestilah kena ada..kalau tak ada,makan dengan roti pun jadi..okay,cukup untuk masa ni noh..jumpa kat entry yang berikutnya lepas ni..huhuu..I got 2 more entries to go for #Cabaran20Hari Puasa/Raya 2015 ni..yelah..kita dah terlewat 3 hari ampa..

Wassalam.

Love,Fi Hifzillah.
~UNA~






































































Posted in , , , , | 1 Comment

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.